| Sharing Is Part Of Caring |

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

:)

:)

Followers

Thursday, May 17, 2012

it's over

Assalamualaikum .
 
Salam ukhwah buat semua . sorry a lil busy previous weeks . memang tak sempat nak update entry baru . terlalu sibuk dengan exam . yang start 8 mei hari itu dan secara rasminya 'it's over' semalam . alhamdulillah , terasa lega yang amat sangat . segala bebanan yang  di tanggung untuk sem ini , really - really very hard & tough subject for pharmacy student .
 
 
      First paper on 8th may , subjek keselamatan cara kerja . alhamdulillah , dapat di settle dengan jayanya . soalan pun banyak tanya pasal hazad . frust tu memang ade , kite duk bersusah payah duk hafal segala bagai akta . akta Occupational Safety Health Act 1994 . duk ingat pasal perancangan kecemasan , sumber & pelbagai . tibe - tibe duk keluar soalan tuh . hehe . tapi alhamdulillah , semoga dipermudahkan segala . so, sebagai penutup , komen utk subjek ni , hehe . memang best ! kelas paling tak tension . haha , ye la . sebab die ni asenye bawah bahagian sains komunikasi . bukan major utk our course pun . dapat lecturer pun sporting habis . puan ummul , thankz atas segalanya .



     2nd paper , research . tapi sebenarnya . final just 20 % . 50 % from proposal + presentation . & lagi 30 % dari exam formatif hari tu . hehe . yang ni pun harap la dapat membantu dalam penyumbangan nilai gred nanti . for junior yang tengah bace blog ni , hopefully korang dah ade tajuk dari sekarang . senang nak buat literature review nanti .
korang kene bahagikan masa dengan baik , berdasarkan pengalaman , w/pun subjek ni 1 jam kredit tapi ia memang ambik mase jugak untuk disiapkan sepenuhnya , sampaikan kitorang memang tak cukup masa nak exam pasal sibuk duk wat benda alah ni , hehe . 
komen utk subjek ni , tak tahu nak komen ape , sebab nanti sem 6 ni kite akan jumpa balik dengan subjek ni . sambung bab 4, 5, dan seterusnya sampai terhasil lah satu tesis yang lengkap . pesana penaja . GOOD LUCK .



     Kemahiran Teknikal Farmasi , exam jatuh pada hari yang sama dengan research , 9 MEI . kemahiran teknikal farmasi ni lebih kurang macam subjek amalan farmasi , tapi lebih detail lagi . kita akan belajar tentang ubat berdaftar , pelaporan kesan advers , komplian pesakit , cytotoxic drug constitution , total parenteral nutrition , IV admixture , dan banyak lagi la . komen utk exam , alhamdulillah . ade soalan yang saya target yang keluar .harap la subjek ni jugak dapat membantu .
 
 
      WOw ,haha . koram penat tak bace , tu la pasal akibat dah lama  tak buat entry . nak- nak lepas abis exam ,macam ni la idea, mcm tuan pengarang , melompat bergembira . heee .  then subjek paling tough , were FARMAKOLOGI . tapi utk sem ni , just farmakologi III, IV, V . farmakologi I, II kita dah belajar mase sem 2 . secara overal nye . farmakologi III , paling tough , semua ubat yang berkaitan dengan sistem saraf pusat , sistem saraf periferi , sistem endokrine . just nak share kat sini , koram pernah tak terfikir yang korang akan belajar menghafal beratus - ratus jenis ubat dari sistem yang pelbagai dalam badan dengan cara tindakan yang berbeza - beza ?


tapi itulah yang berlaku kat saya , saya pun tak pernah fikir bile masuk farmasi . akan tahu se'detail' nye . memang perlukan sokongan mental dan fizikal . contoh untuk subjek ni . contohnya . kita belajar mengenai antidepressant drugs . ubat untuk orang yang mengalami tekanan . ubat die pulak dari pengkelasan yang berbeza contohnya Tricyclic Antidepressant , Monoamine Oxidase Inhibitor , mesty koram pening kan dengar nama yang berbelit - belit . kami kat sini bukan sahaja diajar mengenai penyakit tuh, tapi pengkelasan ubat , nama ubat yang setiap pengkelasan 5, 6 jenis ubat . cara tindakan pun kene ingat , macam mana pergerakan ubat dari mula dia masuk dari badan sampai la die keluar . dos ubat  utk dewasa, kanak- kanak , kesan sampingan , precaution , interaksi dengan ubat lain . 
 
 
 
kadang- kadang pernah jugak terfikir dalam diri . " aku ni belajar utk jadi penolong pegawai farmasi ke nak jadi pegawai farmasi ?" .. so positive thinking , jangan kita fikir kita belajar utk keje , tpi untuk dapat ilmu, sebab ade satu hadis sahih , saya tak pasti susunan ayat die , tapi ape yang saya ingat , sesiapa yang merintis jalan untuk mendapatkan ilmu, Allah akan membuka jalan untuknya ke syurga . masyaALLAH , banyak giler ganjaran NYA kan .
 
 
 
so, sambung balik . secara fast knowledge yang nak dikongsi bersama , sebab nk cerita sampai habis memang sampai hujung tahun pun tak habis . diringkaskan , farmakologi IV , subjek yang berkaitan dengan keracunan & antidot , ubat anti gout , anti rheumtik , dermatology drug  & interaksi ubat . 
 
 
 
next, Farmakologi V, killer subject . ramai senior fail subjek ni , subjek ni adalah subjek berkaitan dengan ubat antibiotik , anti virus , anti fungus , vaksin , ubat kanser . ya ALLAH , nama ubat pun pelik pelik sangat . contohnya ubat anti malaria , quinolone, chloroquine , mefloquine . semalam pun paper ade tanye pasal ni , majority budak kelas tak dapat jawab , soalan yang ditanya tiada dalam nota . hehe . mintak- mintak la selamat lulus semua this paper .
 
 
 
 
then, lastly , farmaseutik IV, V . farmakologi IV, berkaitan dengan tablet , kapsul , ubat kumur, serbuk , pessari, suppository , enema , dan banyak jugak . contohnya cara- cara pembuatan tablet . manakala, farmaseutik V, banyak pasal teknik pendispensan , sediaan extemporaneous , pengendalian dadah berbahaya , racun berjadual , n many more ..
 
 
 
 
 
 
 
 ni contoh persediaan ekstemporanous , penyediaan syrup dari pemecahan tablet .
 
 
 
 
 
 
 
 

see, muke pucat struggle study for exam , hehe . 







 
study last paper kat sini , mencari spot study baru . hehe . di celahan rak buku . hehe .
tersorok dan spot yang best utk study tanpa gangguan . hehe





akhirnya , setelah hampir 2 minggu hidup dalam keadaan tertekan dan sarat dengan bebanan , so , 16 mei semalam , iaitu hari guru .

all done . & it's over !


entri semalam di fb ,
alhamdulillah , dengan izinMU , segala bebanan yang ditanggung oleh sem ini telah berakhir td . sungguh, terasa amat lega sekali . komen utk exam , haha . no komen . sebab soalan memang tough giler- giler. lebih lebih lagi farmako 3 & farmako 5 . really- really merangsang kepala supaya berfikir dan terus mengingati nama ubat yang berbelit- belit . semuanya dah berakhir, pasrah atas segalanya . so, lastly sebelum terlambat , i wish happy teacher's day . kamu adalah guru terbaik mendidik kami menjadi insan berguna , tanpa guru siapa kami . thankz for everything .. ♥
 
terpancar wajah kegembiraan kerana segala beban yang tertanggung sem ini telah berakhir , insyaALLAH . semoga lulus semuanya . tak sabar balik praktikal terengganu . insyaALLAH . — with Mohd Hazmeer Hamzah.
 
 bye -bye .

assalamualaikum, 
 
 
 
tak sabar nak balik . 
nak jumpe orang tersayang .
wish me all the bect for the coming result .
 
 

0 comments: