| Sharing Is Part Of Caring |

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

:)

:)

Followers

Friday, February 17, 2012

orang ke- 3

Assalamualaikum .




already da weekend ! hari bermalasan di bilik . lepas subuh td terus bukak lappy & stay sampai sekarang . jap agi nak teruskan misi basuh kaen . & many more .


*sambil- sambil duk blogwalking td . ade la terbace satu kisah dari seorang hamba Allah ini . luahan demi perasaan di coretnya . tersentuh hati sebagai wanita apabila membaca coretan hatinya .
her husband menjalinkan hubungan dengan perempuan lain tanpa pengetahuannya .

Ya Allah , kalau anda semua . sebagai perempuan . hati kecil mana tak tersentuh bila suami kita yang kita harap- harapkan berpaling tadah kan .
masyaALLAH . mohon di jauhkan lah dari segala benda ni . then , sy pun buat la sedikit pencarian ilmu, google kan tentang orang ketiga menurut pandangan islam .

fokus sy disini adalah gangguan org ketiga dalam perkahwinan .
*bukan dlm perhubungan biasa . but dalam ikatan PERKAHWINAN ..


just for a little bit sharing for us .
untuk anda . & juga untuk sy .
mudah- mudahan kita semua di jauhi dari segala benda seperti ini .
Insya ALLAH !


Gangguan orang ketiga



Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian .


Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati antara punca utama perceraian hari ini ialah suami curang atau isteri enggan dimadukan membabitkan 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.



Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.



Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.




Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.
“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.



“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.




Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.
Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.




“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.
“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.




Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.




“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.




“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.


“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.



Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.


“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.



Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.
“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.


“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.
Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.



Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan.



 Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.



---> sorry all . da colurful da text tu dikerjakan oleh sy . sekadar untuk perkongsian bersama . senang sikit nak bace kan . biase la , artikel yang panjang- panjang , xkan ade org yang minat nak bace . tapi pape pun , thank to all sebab selamat jugak mengakhiri kalam sy sampai saat ini . sedikit peringatan untuk diri sendiri especially , dan juga para sahabat sekalian . elakkan lah dari tergolong dari golongan ini . jangan sesekali membina kebahagiaan dari kehancuran hati wanita lain . sebab sy tahu majoriti yang bace blog ni adalah wanita . akhir kalam , tepuk dada , tanya iman .






semoga sedikit sebanyak input yang kita perolehi dari artikel ini dapat memberi kesedaran baru pada kita semua . insya Allah !






hehe . got to go . terpanjang pulak . i've something to do .

hope entry kali ni dapat memberi manfaat utk kita . insyaAllah .
salam ukhwah dari sy .

bye . Assalamualaikum . & jumpa lagi ..(:

0 comments: