| Sharing Is Part Of Caring |

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

:)

:)

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Pelajar farmasi parah jatuh tingkat empat . .

Assalamualaikum ..
 

Pelajar farmasi parah jatuh tingkat empat


SUNGAI BULOH – Kegembiraan seorang pelajar perempuan yang baru selesai menonton Anugerah Juara Lagu 2011 (AJL 2011) berakhir dengan tragedi apabila dia cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat blok asramanya di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 12 malam itu, mangsa, Nurul Lisda Baharudin, 20, terjatuh dari tangga sehingga menyebabkan dia merempuh cermin tingkap yang terletak berhadapan dengan tangga tersebut lalu terjatuh ke tanah.

Akibat kejadian itu, kedua-dua belah tangan pelajar terbabit patah dengan tangan kanannya terkoyak manakala tulang pinggulnya retak akibat hentakan kuat ketika jatuh ke tanah selain mengalami kecederaan pada bibir.

Menceritakan kembali kejadian tersebut, Nurul Lisda berkata, kakinya tiba-tiba tersadung ketika dia menuruni anak tangga untuk pulang ke biliknya yang terletak di tingkat tiga selepas menonton AJL 2011 terbitan TV3 menerusi Internet di bilik rakannya yang terletak di tingkat lima blok berkenaan.

Pelajar jurusan farmasi di kolej berkenaan mendakwa, ketika kejadian dia terjatuh kerana penglihatannya terbatas ekoran keadaan di kawasan tangga itu agak gelap.
“Lampu yang digunakan di kawasan tangga itu agak malap menyebabkan saya tidak dapat melihat dengan baik.

“Akibat momentum yang terlalu kuat, badan saya terhempas ke cermin tingkap lalu terjatuh ke tanah,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang cedera parah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan ditempatkan di Wad Ortopedik hospital berkenaan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
NURUL LISDA ditemani kakaknya, Noor Hezline di HospitalSungai Buloh.




Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

31 . jan . 2012 .


* junior kami sem 2 . merupakan budak kelantan . pada malam kejadian . memang aku tak sedar sebab area jam tu aku da lena di ulit mimpi . tp ramai jugak la pegi tengok tak boleh nak tidur . ade jugak yang trauma . tengahari td pun da pegi melawat . katanya . 13 hb ni akan dilakukan ujian ultrasound . ok la . koram-koram yang tengah bace ni sila la doakan beliau cepat- cepat sembuh . alhamdulillah . Allah masih panjangkan umur beliau . pesanan utk semua . jage diri . jaga kesihatan dan jaga keselamatan .

sekian . 
Assalamualaikum ...

0 comments: