| Sharing Is Part Of Caring |

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

:)

:)

Followers

Sunday, October 30, 2011

| FINAL PIALA MALAYSIA 2011|

ASssalamualaikum .
semalam telah berlangsungnya final piala malaysia 2011 di stadium shah alam . entry semalam (entri sebelum ini) telah dipublishkan sebelum result perlawanan di umumkan . perlawanan penentuan antara negeri sembilan dan terengganu yang begitu sengit sekali .

Tahniah Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia bagi tahun 2011 dalam satu perlawanan yang hebat misi perebutan gelaran Juara Piala Malaysia 2011.N.Sembilan menewaskan Terengganu dengan jaringan 2 gol berbalas 1 sekaligus mengulangi sejarah pencapaian mereka pada tahun 2009.

Bagi Terengganu pula,mereka terpaksa akur dengan kekalahan ini,kejayaan mereka selepas menamatkan kemarau 10 tahun dalam merebut gelaran Piala Malaysia pada tahun 2001 tidak dapat direalisasikan malam ini.Walaubagaimana’pun Terengganu mempersembahan aksi permainan yang terbaik pada malam ini.Cuma nasib tidak menyebelahi mereka.


GAMBAR FINAL PIALA MALAYSIA 2011 NEGERI SEMBILAN LAWAN TERENGGANU

               PIALA MALAYSIA 2011 NEGERI SEMBILAN VS TERENGGANU

Terengganu sebaliknya menjaringkan gol awal melalui Ashaari Samsudin pada minit 58,sebelum S,Kunalan meyamakan kedudukan di minit 81.Pada ketika ini kedudukan terikat 1-1.

Namun ramai yang beranggapan perlawanan ini akan berlanjutan ke masa tambahan.Tetapi Hairuddin Omar menafikannya dengan menjadi wira Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol kedua 5 minit sebelum perlawanan tamat.Dengan gol ini,sekaligus menobatkan Negeri Sembilan sebagai Juara Piala Malaysia 2011..



Tapi.. apa2 pon TERENGGANU boleh berbangga dengan pencapaiannya boleh masuk ke FINAL setelah 10 tahun menanti.. Last terengganu masuk Final masa tahun 2001. Masa tu Hi-O masih bersama Trg kan?? Huhuhu... Jom la bawak HI-O masuk Terengganu balik.. Kita tunggu PIALA MALAYSIA 2012...
to mr .h : jangan sedih- sedih agi ok . ade hikmah di sebalik semua ni .  kita tunggu tahun depan ok ...=) keep smiling ,,

(^_^)


BINGKISAN KENANGAN YANG DIRAKAMKAN~~
 suasana di stadium shah alam semalam .
| kibarkan bendera terengganu . kami bangga jadi anak terengganu | 






| semangat itu penting!!! |





*koram-koram . semalam . angah text . die ckp . 
"along . aku tengok muka penjaga gol negeri 9 ade iras meer la "
saya : " ye dop???" (dgn nada yang terkejut)

then . cube la men'googgle'kan picture gambar pemain yang dimaksudkan itu~~


----> farizal marlias . .





ade iras kah? semalam pun . kawan-kawan pun duk ckp camtu jugak ,,

tp sy tgk pun . ade iras sikit je la . sekali pandang . mr.h lagi kurus . farizal ni tough skit . almaklumlah. atlet kn .


ok la. sampai disini dulu utk entry kali ni .


---> laen kali jumpe lagi . bye2 . assalamualaikum .. .

0 comments: