| Sharing Is Part Of Caring |

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

:)

:)

Followers

Thursday, December 9, 2010

Awak, sayang saya tak??

Kenapa perempuan suka tanya "awak sayang saya tak??" berulang kali pada orang yg dia sayang? Walaupun dia dah tahu apa jawapannya, tapi masih lagi nak tanya.

Bagi lelaki mungkin itu merimaskan dia, mungkin b0leh buat dia tensi0n dan sebagainya. Tapi bagi perempuan pulak lain...
Kenapa perempuan suka buat cam tu? Sebab perempuan सांगत suka dengar perkataan keramat "SAYA SAYANG AWAK" dr mulut orang yg dia sayang! Walaupun 100 kali, 1000 kali pun dia takkan jemu untuk mendengarnya. Walaupun dia dah tahu jawapan bagi s0alan tu, dia tetap nak mendengarnya.
Perempuan suka dimanja, suka disayangi, suka dihargai dan sebab ayat keramat tu lahir dari mulut orang yg dia sayang! Sebab itulah menguatkan semangat bagi si gadis bila dia dilanda kesusahan, keresahan di dalam hati atau kecelaruan.
Bukan hanya belaian saja untuk membuktikan sayang si teruna pada si dara, tapi kadang-kadang kata-kata pun sudah cukup membuatkan si dara terasa amat bahagia!
Apabila perempuan ni dah berhenti bertanyakan soalan tu.. Maka berhati-hati lah kamu wahai lelaki!!.. Mungkin hatinya sudah tidak lagi bersama kamu!..
Jadi... mengapa lelaki mesti rimas bila temannya selalu bertanyakan macam tu?? Bukannya susah pun nak menjawab TIGA patah perkataan tu...
"SAYA SAYANG AWAK!"..


0 comments: