| Sharing Is Part Of Caring |

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

:)

:)

Followers

Thursday, November 25, 2010

buatmu sahabat....

                                                                   








                                                                             sahabat,

aku bukanlah insan terbaik
sebagai sahabatmu,
aku juga,
bukan insan teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,
aku,
tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu,
aku lemah untuk itu,
aku juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa,
aku tidak akan menjadi si dia yang hebat untukmu,
aku hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,
tetapi,
adakalanya aku jaga menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerna aku tidak sehebat sahabatmu di situ
dan yang pasti
aku tahu tentang itu,
maafi aku,
duhai sahabatku.


note no 1): maafkan daku sahabatku.
note no 2) : berusaha ingin menjadi sahabat yang baik…semoga berjaya
note no 3) : sahabat..jom bantu saya..hehe
note no 4) : siapa yea sahabat-sahabat saya?? hua hua hua
note no 5) : kenangan indah..semusim berlalu..

0 comments: